Selasa, Ogos 04, 2009

koleksi lawak

Ibu Muda Dan Doktor

Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi."Prangggggg! !!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, "Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak. ""Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor tersebut dengan sinis.


Kisah Penjual Kuih

Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuahperkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuihtinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuhkain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh... dia mengibaskan kaintersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan..Dari jauh,pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yangberwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanitaitu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi membrek denganmendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengandahsyat sekali.Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanitatersebut. .. pemandu keretapi terus bertanya " Ada apa Puan?" Dengan selamber wanita itu menjawab..." ....yang tinggal cuma karipap dan pulutpanggang aje..."



Bilik No. 36

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu apakah bilik no. 36 ada pesakitnya..Penyambut tetamu tersebut lalu memeriksa bilik tersebut, dan segera kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik no. 36 itu kosong."Bagus sekali!" kata lelaki tersebut. "Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!"

TEKA AYAM


Ajoi : "Apa yang engkau bawa tu?"
Ahmad : "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalu tekaanmu tepat.. kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!"
Ajoi : "Emmmm.. tiga kot..?"

DIET


Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet. Doktor berkata kepadanya... "Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong... " Lelaki menjawab... "Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?"

2 ulasan:

  1. hahaha...copy ktne ne?klaka la....sori ggu ur blog/...nice blog...

    BalasPadam
  2. hurm...copy kat email je..hehehe...tq

    BalasPadam

komen disini.. :)