Topik hari ni nak story pasai anak. Di sini ned ade beberapa kemusykilan. ......
Benarkah anak membawa rezeki?
Jika benar, mengapa mereka yang mempunyai anak yang ramai hidup susah, tidak mampu membeli makanan apatah lagi barang keperluan?
Di akhbar, kebanyakan yang meminta bantuan adalah mereka yang ada ramai anak.
Jika mereka tidak mampu menyara hidup, mengapa mereka memiliki ramai anak?
Adakah adil untuk anak-anak lahir dalam kemiskinan?
Sekiranya benar anak membawa rezeki, bukankah lagi ramai anak lagi senang hidupnya tapi mengapa jadi sebaliknya?
Ned bersimpati terhadap anak-anak yang dilahirkan dalam kemiskinan.
Sekiranya mereka boleh memilih, sudah tentu mereka tidak mahu dilahirkan dalam keluarga miskin.
*agak emosional sket pagi2 ni sebab tiba2 touching tentang anak...huhuhu...
JADI, jawapannya sudah dikenal pasti.....
Anak disifatkan dalam al-Quran sebagai anugerah atau rezeki daripada Tuhan. Bukan semua manusia dikurniakan anak, sebaliknya Allah memilih mereka yang tertentu saja. Bersyukurlah pada Allah bagi mereka yang mendapat rezeki anak.
Setiap manusia yang dilahirkan sudah ditentukan rezekinya dan dia tidak akan mati sehingga dia mendapat semua bahagian rezekinya dulu. Ini dinyatakan dalam hadis Rasululah SAW.
Rezeki Tuhan ada dalam pelbagai bentuk dan Allah berkuasa pula melapangkan atau mengkayakan seseorang dikehendakinya dan begitu juga sebaliknya.
Inipun ada hikmahnya, iaitu sebagai ujian kepadanya, mahukah kelak ia bersyukur atau tidak, sesudah ia mendapat kelapangan dan kekayaannya itu?
Semua orang akan kembali kepada Allah dan masing-masing akan diberi balasannya. Mereka yang mendapat rezeki anak mestilah berusaha pula menyara anak-anak yang dilahirkan.
Bukanlah bererti rezeki itu datang secara automatik dengan lahirnya anak, sebaliknya kita yang perlu berusaha mencarinya..
Sebenarnya jumpe segala jawapan ni kat dalam tenet jugak... Rasa lega sikit hati ni... Nampak gayanya, kene berusaha lebih lagi untuk dapat baby.. Korang2 doakan Ned jugak yer...
~NED~
ye akk..kdg2 org sabit kan ank pbwa rezeki..rezeki nie dtg dlm pelbagai bentuk..cb kita pk npa org susah ramai ank sedangkan org kaya skit anaknya??
BalasPadamkdg2 org yg susah nie mls nak keja akk..depa juz nak harapkan bantuan org je..pdahal allah dah mmberi rezeki tp kita plk mls nak mencari..tol x?
i.allah da rezeki akn ada anak..usaha+doa+ikhtiar+tawakkal='anak'..aminn..:)
terima kasih aini... terharu akak... macam2 dugaankan... & pelbagai jenis bentuk rezeki yang Allah berikan...
BalasPadamned anak mmg pembawa rezeki.dan anak juga adalah ujian dr Allah.sblm dpt anak Allah uji kesabaran kita,Allah uji hubungan rumahtangga kita..selepas dpt anak Allah uji juga kesabaran kita dlm membesarkan anak.. rezeki yg dimaksudkan dtg dr anak sbb bila ada anak slalunya parents akan berkerja lebih gigih untuk membesarkan anak. sbb 2 bg segelintir org bila dpt anak je ade sj rezeki tambahan..
BalasPadamutk ned..nad doakan smoga dimurahkan rezeki utk timang cahaya mata.. usaha dan jgn sesekali lupa berdoa.doa sungguh2..ok
setiap kejadian ada hikmah disebaliknya.. =)
BalasPadam