Selasa, Februari 28, 2012

Al-Fatihah untuk arwah bapa mertua tersayang..


Assalamualaikum..

Tanggal 25 feb 2012 tepat jam 1.50 tengahari, bapa mertua ned telah kembali kerahmatullah...

sekian lama menderita akibat penyakit kencing manis, akhirnya dijemput oleh Allah swt.


lokasi: Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.


semuanya bermula dengan operation jari kelingking kaki kanan awal tahun hari tu.. terpaksa dipotong sebab jangkitan kuman kat area situ... Alhamdullillah, operation berjaya...

tak lama lepas tu kuman berjangkit ke sebelah jari yang dah dipotong tu... dan sekali lagi operation berjaya...
ingatkan kuman dah takde, rupanye doktor baru dapat detect kuman dah merebak sampai ke betis... subhanallah, Allah je yang tahu perasaan kami sekeluarga... Makanya, terpaksa la di operate untuk kali ke 3...

Alhamdullillah juga, berjaya...tapi tak sampai 24 jam lepas operate potong sampai betis tu, doktor bagitahu, kuman tu dh merebak sampai ke paha... rasa geram pon ade sebab rasanya buat kerja sambil lewa... potong kaki tu macam rase potong kek ke....aduhai.. tapi mungkin ade hikmahnya...
dan dalam masa 24 jam, operation potong sampai paha pon dijalankan...

tak sampai 2 jam, pembedahan berjaya... kami sekeluarga bersyukur, tapi bapa mertua terpaksa ditempatkan di ICU lagi sebab keadaan masih tidak stabil..

selama berada di hospital lebih kurang 45 hari, arwah hanya boleh minum air masak & susu sahaja...itupon tidak boleh melebihi kuantiti yang telah dihadkan atas sebab faktor kesihatan (masalah paru2 & jantung)..

kita yang tak makan 2 hari pon dah lunyai, inikan berminggu2 tak makan.. arwah seorang yang sangat sabar.. im proud with you abah.. (T_T)


*
*
*

pulang semula ke KL.. masih menanti panggilan dari keluarga yang masih berada di kampung...
keadaan abah beransur baik..Alhamdullillah...

selang seminggu keadaan abah kritikal semula... terpaksa menggunakan mesin bantuan oksigen..
hati asben ned memberontak nak balik kampung... dengan keadaan ned yang terpaksa banyak berehat (awal hamil), asben seorang je la yang balik kampung pada 24 feb 2012.

setelah sehari asben jaga arwah di hospital, ajalnya sudah tiba.. ketika menghembuskan nafas terakhir, yang berada disisi isterinya yang tersayang a.k.a ibu mertua ned, sepupu arwah dan asben ned.. anak2 yang lain masih bekerja masa tu..jadi asben ned je yang cuti, dan berkesempatan untuk jaga arwah masa tu..

Alhamdullillah, arwah pergi dalam keadaan yang cukup senang dan tenang..

Ned bergegas booking tiket flight sabtu tu jugak, naik flight pkl 10pm..sampai sana around 11pm... tak berkesempatan nak jumpa arwah untuk kali terakhir... sampai sana je, sudah dikebumikan.. cukup lancar pengebumian arwah.. subhanallah...

semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. InsyaAllah..



Al-Fatihah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen disini.. :)