Semalam ned dapat tiket free tengok teater kat Istana Budaya...hehe..sangat bertuah sebab free..ahaks..
Ned pegi dengan mak, makcik & pakcik Ned..asben tak dapat follow sebab kene kerja shift malam...huhuhu... Sebenarnya tiket ni abg sepupu ned yang dapat free... Tiket free untuk teater Kenangan Mengusik Jiwa 60an... Dek kerna teater berunsurkan ala2 dolu-dolu, abg sepupu ned bagi ler tiket2 tersebut pada mak & ayah nyer serta la ned & mak ned... Ned memang minat giler lagu2 lame weh.. Memang layan...
ni ler poster Teater tu..
Teater start pukul 8.30 malam....tapi pukul 7.30 penonton2 dah standby kat istana budaya...
----PELAKON2----
Dafi sebagai Rey (60an)
Ana Raffali sebagai Rose (60an)
Iqbal Mazlan sebagai Azizan (60an)
Latif Ibrahim sebagai Rey (2011)
Siti Saida sebagai Rose (2011)
Halil Chik sebagai Azizan (2011)
---------------------------------------------
Penampilan Istimewa Artis-artis 60an :
Datuk Ahmad Jais, A Rahman Onn, L Ramlee, J Sham, A Halim, Husin Ismail, A Rozaini, Fatimah M Amin, Band The Rhythm 60's & Band The Wanderers...
pergh!! hebat2 semua ni...taiko2 lame..
---------------------------------------------
ok la..ned story cket sinopsis citer ni....
---SINOPSIS--
Rey (Rahman) kembali ke kampung halamannya setelah sekian lama menghilangkan diri. Dengan menggunakan teknologi yang serba canggih masa kini, beliau telah ditemukan semula dengan rakan karibnya Azizan. Seperti yang telah dijanjikan, Rey dan Azizan (kawan karib Rey) akhirnya berjumpa kembali setelah hampir 30 tahun tidak bertemu.
Perjumpaan mereka telah banyak mengimbau sejarah terutama semasa mereka menuntut di kolej dulu. Namun begitu, Rey sebenarnya cuba untuk mencungkil berita tentang kekasihnya Rose yang dikenalinya semasa menuntut di kolej yang sama sekitar 60an, jika Azizan tahu mengenai perkembangan Rose.
Dari awal mereka masuk ke kolej, sehingga tamat pengajian pada sekitar tahun 1960an, dipaparkan bagaimana hubungan Rey dan Rose tercetus dan bagaimana terputus sehingga ianya benar-benar menghantui fikiran Rey. Itulah sebenarnya yang ingin Rey ketahui.
-------------------------------
Begitulah kisahnyer..kalau nak tahu seterusnye, kene pi tengok... Lakonan Dafi & Ana Rafali pon okey.. tak nampak diorang kekok pun... Lagu2 yang didendangkan pon best2.. nmpak terhibur habis mak Ned, makcik & pakcik Ned.. Dan dalam teater ni Ned & family dah terpaut dengan seorang penyanyi baru.. Ala2 arwah A Ramli...muke pon lebih kurang jugak... Search2 pagi ni rupenye anak angkat arwah A Ramli.. Name dia A Rozaini..suara memang sejibik A Ramlie weh... Sangat2 menyentuh hati.. Penonton2 memang lentok habes dengar suara dia... Boleh dikatakan semua jadi excited bila part A Rozaini nyanyi.. Mantop!!!
kepada yang tak kenal A Ramli..Ned tepek sini la mukenyer..bagi kenai no~~
ni la A Ramli...yg glamor dengan lagu Oh! Fatimah tu...
dan ini pulak A Rozaini...
suara dia memang mantop weh... same sangat dengan suara A Ramli..
Untuk orang yang gemor ala2 60an, memang akan rase terhibur sangat..tapi kalau yang kureng minat tu, sure rase cam biase2 je..sebab minat dihati tu takde..tu yang acuh tak acuh je nengoknyer..hehehe..tapi serius sangat, Ned minat sesangat.. (over lak ek..hehe)
Teater tu amik masa lebih kurang 3 Jam... Sebab habis dalam pukul 11.30 malam.. Lepas teater, ape lagi, sesi bergambo la...hehehee
best!! best!! bergambo dengan cik adik Dafi ni..
maniskan senyuman Dafi ni...kecik je Dafi ni..duk sebelah Ned amat berbeza weh...ekekekekeke... tapi sama putehkan..kan...hehehee....
bergambo ngan A Rozaini pulak.... ramai giler nak bergambo dengan A Rozaini ni...
budak lagi A Rozaini ni...baru 23 tahun...tapi boleh nyanyi lagu era 60an..cayalah!!
pelakon utama...
Dafi & Ana Rafali
kepada sesape yang berminat nak tengok, kene pergi ok!!..sampai 5 Jun 2011 ni jer... Harga tiket antara RM60, RM106, RM160, RM260, RM360..
nak tempah melalui telefon boleh call hotline ni 03-41498600.. online pon buleh jugak - klik je sini http://www.ticket2u.biz/
Ok, pi la tengok ok... Leh rasa alam mak & ayah kite...
Cukup untuk entry kali ni..
Cekedout bebeh...
~NeD~
xpernah g tgk teater pun :(
BalasPadamned pn 1st time ni shima...huhu.. tapi best gak layan teater ni.. skali skali jom la layan shima.. :)
BalasPadam