Selasa, Disember 29, 2009

anak2 buah kembar yg semakin membesar..

aha..anak2 buah ned yg kembar tu da semakin mmbesar..ni ned upload pic diorang kat sini yek...





Khamis, Disember 24, 2009

kenduri kawen spupu....

last week sepupu ned kawen...syok sgt..sbb family spupu ned ni mmg rapat giler ngan family ned...jadik cam adik bradik sendiri yg kawen la..
sepupu ned ni plak mmg kamcing ngan ned dari kecik agi walaupon spupu ned lelaki.....
semoga dia berbahagia bersama isteri tercinta...
jom layan pic2 wedding die....
zaass...


tertutup mate lak abg spupu ned ni..






semoga berbahagia hingga ke anak cucu..

Khamis, Disember 17, 2009

kini ku diet kembali...

setelah sekian lame mengantoikn diri dlm aktiviti diet ni, akhirnye ned insaf jugak..haha..ned start diet balik ari isnin ari tu(14hb dec)...dan alhamdullillah da turun 1kg...cayalah..
ned wat atkins diet..kurangkan pengambilan makanan yg berkarbohidrat...
ned wat diet ni sebelom ned kawen ari tu..mmg menjadi..nk dekat 15kg berat ned turun taw dgn diet ni..ni baru nk wat balik...semoga ned berjaya la hendakNya..


gambo ni mase lagi beberapa hari nk kawen..slim habes...65kg je time..rindunye berat time ni....huhu..akan ku capai jua nnti..

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1431H

Doa akhir tahun dibaca esok selepas solat Asar (Khamis 17.12.09) dan doa awal Tahun dibaca selepas solat Maghrib (Khamis 17.12.09).

Bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun.


Bacaan selepas solat Asar...





Bacaan selepas solat Maghrib ..







MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Rabu, Disember 16, 2009

STRESS!!!!!

hari ni merupakan hari yg stress..........
rase betol2 down...
Ya Allah, berilah kekuatan pada hambaMu ini Ya Allah...

Selasa, Disember 15, 2009

ke Ulu Yam...

last week gi ulu yam ngan asben ned...tetibe je rancang nk pegi mandi...
ikutkan malas nk pegi..
tapi asben pujuk2 nk pegi...kesian lak nengok..iye la..dpt manje2 pon weekend je..huhu..
redah je la ke ulu yam...
ned tak mandi pon..rase cam malas lak nk tuko2 baju...
jadi lepak tepi je la snap2 pic asben..jadik la..

pix..pix..pix..


suke gambo ni..cumel je..nmpk kecik je asben ned...tapi sebenarnye chubby2.. ;p




termenung jap....sbb sej0k bebenor tuh...cover..ahaks..




tara!!!air cetek je...nmpk cam dalam je bile duduk dlm air tu kan..kan..




ni la muke ned skang..aduh...tembam da gue..baru insaf nk diet balik nih..urm..
(ignore je la gambo ni..malu l00r..)




peh syok2 mandi..gerak balik umah jela..sbb ptg tu asben ned nk balik johor da...kene kilija...huhuhu...xsy0o0okk la... uhuks..
smpai je umah tido la..sbb penat...disamping tu...XXXXXX...keh..keh..keh..

Khamis, Disember 10, 2009

Puisi Untuk Anak..



Saat kau Tertidur
Ku Pandangi Wajah mu
Masih Ingin ku Mendekapmu
Masih Ingin ku Menciummu
Sering ku Tak Sadar
Waktu Cepat Berlalu
Kini kau Telah Besar
Dan Menjadi Harapanku
Tumbuh……………
Tumbuhlah Anakku
Raihlah Semua Cita-Citamu
Berjalanlah lurus di jalan
SANG PEMBERI HIDUP
Jangan Pernah kau Ragu
Doa Ibu Tulus bersamamu
Agar Selalu Aman Di Hidupmu
Selamanya...

Rabu, Disember 09, 2009

Amalan Solat Tahajud

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan. Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.


Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam. Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79)Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah

a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:
a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak. (Namun janganlah disamakan sifat makhluk itu dengan sifat Allah, biarpun sebanyak mana permohonan sesungguhnya amat mudah bagiNya)…

Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.

Mungkin juga anda perlu melakukan sesuatu aktiviti sebelum anda masuk tidur.. 4 Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :-

“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : -

1.Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah


Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami Semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah“

"Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu

Jumaat, November 20, 2009

blaja buat edit..

erm..ari ni baru dpt blaja wat edit2 gamba nih...tak reti nk edit utk jadik cam lukisan...jadi, dgn bantuan yanmie , ned dpt la blajo edit gambo sendrik..tq yan...
ni hasilnye...


tak ler cantek benor...jadik ler..


ke johor lagik..........

ahaa..ari ni ned ke johor lagik...sbb mmber ned satu kolej dulu kawen..disamping tu buleh la ned jumpe asben tsayang....rindu lak rasenye..walaupon baru je jumpe last week...
macam biase la..naik bas kul 7pm ari ni...smpai insyaALlah dlm kul 11pm...
semoga segalanya selamat..Amin Ya Allah...

Rabu, November 18, 2009

ngantok....

hari ni rase ngantok sesangat la...letih semacam je..maleh tul nk wat keje...aduh...
tapi ku gagahkan jua la bekerja...tapi bukan ade keje sgt...tolong kakak 1 opis ni ha wat keje....erm..

aha!! ujong minggu ni ned pi johor lagik....hehe..

usaha+berdoa+tawakal=kejayaan... ;)

Selasa, November 17, 2009

ke Johor...

ALhamdullillah ned selamat smpai n balik dari Johor...
jumpe asben punyer pasal..sanggup ler...meredah perjalanan 4jam lebey tuh....
4hari kat sane tak de gi jenjalan mane pon...duk umah jer..
Al-Maklum ler..jumpe weekend je kan...paham2 je la..ahaks...

ari isnin (16hb nov), ned baru gerak balik ke KL...pttnyer naik bas kul 2pm..punyer berjinggut la tggu...rupenyer bas smpai kul 2.40pm...geram tul..

jadi, ned n asben menunggu la dengan penoh kesabarannye kat stesen bas skudai tu..


asben ned siap ngan uniform la duk tggu isterinye ni selamat naik bas..cian lak die tak masok opis jap...




muke bengkek tak mo balik...tapi senyum gak la...(pasan tak muke ned makin tembam...wahkhakhak!!)

tggu asben ned balik tuk raye haji nnti la...urm..

smpai KL = 6.30pm..
smpai umah = 8mlm...jln jem...tension...gggrrr

Jumaat, November 13, 2009

ke skudai....

salam sumer...
ari ni ned gerak ke johor...jumpe asben ned... ;)
urm..naik bas kul 7pm ni...smpai lebey kurang kul 11 lebey kot..
doa2kan ned selamat sampai n balik yer...
ape2 nnti ned update blog ok...

ini tiketnya...



daaaaa..........

Selasa, November 10, 2009

peringkat tumbesaran bayi dlm kandungan ibu

SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA KASIHI LAGI MAHA SAYANGI TERHADAP HAMBA HAMBA NYA YANG BERIMAN KEPADA NYA .
ISLAM AGAMA KASIH SAYANG SESAMA UMAT MANUSIA DI ALAM SEJAGAT RAYA DI DUNIA INI .


Diri Kita Tatkala Di Dalam Perut Ibuda Tersayang...


Para sahabat yang ku cintai, kali ini kita akan memundurkan waktu sejenak dan melihat apa yang terjadi pada diri kita tatkala kita berada di dalam RAHIM ibuda kita. Sungguh begitu Agungnya Sang Ilahi membentuk, menjaga dan memelihara diri kita. Kasih Sayang-Nya meliputi seluruh alam semesta. Sungguh Engkau-lah Tuhan kami Yang Maha KasihSayang Ya Rob'bi .


T.q. Allah swt .

RAHIM wanita itu bahasa arab wahyu dengan makna kasihSayang Allah swt terhadap manusia yang ia ciptakan. RAHIM juga ada lah salah satu NAMA Allah swt .Bergitu Lah mulia Nya wanita di isi Allah swt .Bila mana suami isteri bersatu tubuh badan Nya yang dua menjadi SATU dengan penuh kasihsayang untuk mendapat zuriat yang TERSAYANG .

Sahabatku, foto-foto di bawah ini memperlihatkan proses apa saja yang terjadi pada sang janin kita hingga pada akhirnya kita menjadi seorang manusia pada hari ini . Prosesnya dijelaskan secara bertahap dimulai dari minggu ke 8. Mari Sahabatku kita mulai perjalanan ini.

"Saya mulai Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Ingatan Allah swt kepada kita Manusia yang masih hidup ini ,

"Dialah yang membentuk kamu didalam RAHIM ibu mu sebagaimana dikehendaki-Nya..
Tak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
"
Surah Ali- Imran Ayat 6



Dimulai pada minggu ke 4-8:

Terjadi pembentukan awal embrio diri manusia yang sudah memiliki sistim vaskuler (peredaran darah). Jantung janin mulai berdetik, dan semua organ tubuh lainnya mulai terbentuk. Muncul tulang-tulang wajah, mata, jari kaki, dan tangan.


Pada fasa ini pun sudah terbentuk jantung degutan yang terdiri dari dua selaput tipis. Selaput ini berisi air degutan tempat bayi terapung di dalam rahim. Air degutan akan menjaga bayi dari cedera akibat benturan dari luar selama masa kehamilan.



Pada minggu ke 8-12:

Organ-organ tubuh utama janin kita telah terbentuk. Bentuk kepalanya pun kini lebih besar dibandingkan dengan badannya, sehingga dapat menampung otak yang terus berkembang dengan pesat. Ia juga telah memiliki dagu, hidung, dan kelopak mata yang jelas. Di dalam rahim, janin kita mulai dapat melakukan aktifitas seperti menendang dengan lembut Nya .

Pada minggu ke 12-16:

Paru-parunya janin mulai berkembang dan detak jantungnya dapat didengar melalui alat ultrasonografi (USG). Wajahnya mulai dapat membentuk ekspresi tertentu, dan di matanya mulai tumbuh alis dan bulu mata. Kini ia dapat memutar kepalanya dan membuka mulut. Rambutnya mulai tumbuh kasar dan berwarna. Bahkan kakinya pun sudah tumbuh lebih panjang dari tangannya



Pada minggu ke 16-20:

Hidung dan telinga tampak jelas, kulit merah, rambut mulai tumbuh, dan semua bagian sudah terbentuk lengkap. Pembuluh darah terlihat dengan jelas pada kulit janin kita yang tipis. Tubuhnya ditutupi rambut halus yang disebut lanugo. Si kecil kini mulai lebih teratur dan terkoordinasi dan beraksi terhadap suara ibunya.

Pada minggu ke 20-24:

Pada saat ini, alat kelaminnya mulai terbentuk, cuping hidungnya terbuka, dan ia mulai melakukan gerakan pernapasan. Pusat-pusat tulangnya pun mulai mengeras. Selain itu, kini ia mulai memiliki waktu-waktu tertentu untuk tidur.



Berkat teknologi 3D Ecography, kita boleh melihat sang janin kita dengan jelas, bahkan jelas wajahnya.



Pada minggu ke 24-28:

Di bawah kulit, lemak sudah mulai menumpuk. Di kulit kepala rambut mulai bertumbuhan, kelopak matanya membuka, dan otaknya mulai aktif. Ia dapat mendengar sekarang, baik suara dari dalam maupun dari luar (lingkungan). Ia dapat mengenali suara ibunya dan detak jantungnya bertambah cepat jika ibunya berbicara.



Pada minggu ke 28-32:

Walaupun gerakannya sudah mulai terbatas karena beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai bisa berkedip akibat melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar telah dapat bertahan hidup. Si kecil kini sudah terbentuk dengan sempurna.

Pada minggu ke 36:

Sang bayi kerap berlatih bernafas, mengisap, dan menelan. Rambut-rambut halus di sekujur tubuhnya telah menghilang dan badannya menjadi lebih bulat. Bayi yang dikandung oleh sebagaian wanita yang hamil untuk pertama kalinya akan mengalami penurunan, yaitu turunnya kepala ke rongga panggul (bayi sudah "turun").

Pada minggu ke 38:

Kepalanya telah berada pada rongga panggul, siap untuk dilahirkan.. Hal tersebut menunjukkan bahwa waktu persalinan sudah dekat. Kini, sang bayi seolah-olah "mempersiapkan diri" bagi kelahirannya ke dunia.



Pada minggu ke 40 [9 Bulan]:

Apa yang dulunya hanyalah sebuah sel, sekarang telah menjadi manusia. Dalam beberapa hari, bahwa bayi telah siap untuk dilahirkan. Sang bayi masih tidur dengan tenang di dalam rahim ibunya.
Ia tidak mengetahui bahwa sesaat lagi ia akan meninggalkan "rumah"nya untuk melewati proses terbesar dalam kehidupannya yaitu KELAHIRAN Nya itu ! Walaupun proses ini menyakitkan bagi sang ibu dan sang bayi tetapi melalui hal inilah…

KEAJAIBAN KEHIDUPAN TERJADI DENGAN PENUH KASIH SAYANG DARI SANG IBU DAN AYAH !

Khamis, November 05, 2009

gi Taska, FRIM..

salam sumer...
ari ni, duk godek2 hp, tjumpe 2 gamba nih...hehe...suke sgt...
tiap2 petang, pas abes keje ned mesti pi taska kat opis ned..sbb mmber satu umah ned keje kat taska tu..jadi, sambil2 tunggu die balik, ned lepak2 la ngan bdk2 kat taska tu...jadi, tersnap la gamba2 ngan bdk2 kat taska tu...

ned amik berkat la dukung bdk2 nih..jadik la..



bdk ni geram tgk mata die...kening mengancam abes!!



p/s:bile la nk dpt baby sendrik nih...duk tumpang baby org jerk..hehe

Rabu, November 04, 2009

kalimah Allah pada ais batu...

percaya atau tidak, tgk gamba je la...
ais ni asben ned yg bekukan dlm peti sejuk umah die..
main pakai isi je air pastu masokkan dlm peti utk sejokkan..
dan, bile da beku, asben ned bawak kuar dari peti, tkejut tgk ade kalimah Allah atas ais...siap MMS kat ned lagik...ned pon tkejut gak..cam tak caye..kot2 asben ned edit ke kan...asben ned kate takkan la nak edit kot..mende2 camni nak main2 lak...
urm..ape2 pon, same2 kita sentiasa mengingati Yang Maha Esa...Dia da bagi amaran tu agaknye kan...

Khamis, Oktober 29, 2009

bapa mertua sakit..

salam semua...
last week 22hb oct bapa mertua ned masok hospital kota bharu, kelantan..terkejut jugak ned n asben dpt tau abah masok hospital...kitorang da lame tak jumpe abah..sejak dari pas kawen...hari raya puasa ari tu pon beraya kat belah ned (selayang).nk tunggu raye haji baru beraya di Kelantan pulak.. tapi, dpt je berita abah masok hospital, terus asben ned bgegas nak balik kg..iye la kan..ayah tu, mesti perasaan rindu+risau ade dlm diri kitorang...
jadi, bertolak ke Kelantan pada pagi2 jumaat lepas (23hb oct). smpai kat Kelantan dlm tghari la...lebey kurang kul 2-3pm...ALhamdullillah selamat sampai..

urm dan Alhamdullillah abah dah sehat sikit...doc kata jantung abah mertua ned bengkak jadi, takleh nk lakukan proses pam seperti normal sgt..tu yg jadi sesak nafas...





jadi, ned balik ke KL semula pada hari ahad..time tu abah da sehat sket la...Alhamdullillah...semoga abah sehat sepenuhnya..
dan baru semalam abah keluar hospital...lega sikit hati ni...

Selasa, Oktober 13, 2009

anak buah baru-kembar

salam sumer....syoknyer...ned dpt anak buah baru...twin gurl..selamat dilahirkan oleh kakak ned pada 12/10/2009 jam 2.45pm kat hospital Pusrawi, Jln Tun Razak.
Yang kakak namanye Nurul Hannah & yg adik pulak Nurul Jannah..masing2 punyai berat 2.4kg & 2.6kg..sayang kat kamu berdua taw..muuaahh...

bile la ned pulak ek..ekekekekeke...







yg ni kakak..



yg ni lak adik...

Selasa, Oktober 06, 2009

berbuke pose (reunion k.polis smkih 2003) ...

hye sume..ned baru nk upload pic2 berbuke pose kat restoran nelayan ari tu.. mase tu berbuke ngan mmber2 skolah ned..utk Persatuan Kadet Polis skolah ned dlu....

p/s: tlmbt post gambo sbb baru dpt..hehehe...






ned yg sebelah cikgu tu...selaku Pengerusi & sarjan..mase skolah dlu je la..hehe(time ni kurus tuh...)






ngan junior2 ned...sonok bebenor diorang nih...pandai da make up2..mengalahkan ned..huhu..








ni ha bdk2 platun ned mase skolah dlu..sgt yg ceria diorang nih.. ila n mija ni..








alamak..kantoi jerawat gue...hehe..jerawat gatal kot.ekekekeke...
diorang ni pon main snap je..






ned senyum control seketika..bj purple tu abeng..akak angkat ned..yg baju biru tu, adik angkat ned..sheda..selaku empunya camera hari tsebut..hehe..








2 in 1..aha..







hope kite semua dpt jumpe lagi dilain kali ok...sayang sumer..muah!

share gambo kawen..

salam sumer..hari ni ned nk share gambo2 kawen ned...baru dpt seminggu sebelum raye ari tu...



tgh tggu pengantin lelaki smpai ni....mane la tak smpai2 lagi nih..








ni mase sesi outdoor..kat frim..opis ned..hehe...free je..tak kene bayaran..





mase ni pon same gak..syok btol bgambo time nih....thanks to fotographer sgt2..







ni mase bsanding la kan...yg 1set kaler cekelat tu mak n abah ned...yg ibu bapa yg duduk tu, ibu n bapa mertua ned..







time ni mmg bdebar giler...mane tak nye, cameraman duk amik gambo je..org ramai lak tuh..sblom ni tak penah rase org asyik duk amik gambo..huhu








mase ni lak duk jeling2 kat org yg dtg...skema btol senyum...








mekaseh byk2 kat korang sbb byk sgt mbantu ned sepanjang majlis..thanks ya..