Khamis, Jun 30, 2011

Dituduh gigit kemaluan isteri...

Pagi ni, bukak kosmo online ternampak tajuk 'dituduh gigi kemaluan isteri'... Mak aih..rase tebal lak muka tiba2.. mane tak nye boleh plak buat report tentang kes macam ni... Macam2 hal dah skang yg senang2 je hal sulit nk diper'view'kan...

ok la ned tepek story tu kat sini cket...


----------------------------------------------------------------------------


KUANTAN- Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan mengigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di rumah di Felda bukit Goh di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa die tidak melalukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd Shakri.

Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd Shakri dengan berkata:

"Jika kamu tidak melalukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa,"

Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh mendiamkan diti sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.



----------------------------------------------

Seram bile nengok kes camni..ade jugak smpai naik mahkamah ek...hehehe



~Ned~



contest mencipta logo & tagline Nedhenna...

Salam semua... tak mo panjang2 lebor citer, ned nak war2 kan kt sini, ned ade wat Contest utk
blog henna Ned ....

APE YANG PERLU KORANG LAKUKAN ADALAH:

Cipta logo & tagline Nedhenna ikut sekreatif yang mungkin...

kemudian.. hantarkan penyertaan korang ke email Ned: nadiaffendy@gmail.com


Mula: 20 Jun 2011

Tutup: 20 Julai 2011


Tarikh pengumuman pemenang: 29 Julai 2011


Untuk keterangan lanjut korang leh usha2 kat blog Ned ok...

Selamat Mencuba!!!!




~Ned~





Selasa, Jun 28, 2011

5 AYAT YG BIASA DIUCAPKAN OLEH WANITA.......

DAN INILAH MAKSUD YG SEBENARNYA.......



1. “Takpe la kalu camtu”

Fuhh..berhati-hatilah anda kalau mendengar ayat nie.. cuba tengok reaksi wajahnya camna, tersenyum ke tengah ‘muncung’? Kalau tersenyum tu – maknanya memang betul2 ‘takpelah’(fuhh lega:-))…tapi kalau sedikit muncung – MUNGKIN ada yang tak kena. Contohnya, mungkin jugak anda dah janji dengan si dia nak pegi shopping hari tu, tapi tup tup anda terpaksa cancel kerana nak tengok siaran Piala Dunia. Mestilah si dia berasa ‘geram’ dan terpaksa mengalah untuk mengelakkan pertengkaran. So, apa yang anda boleh buat ialah cuba ambil hatinya dengan mengatakan anda akan memberikan ‘bonus besar’ untuk si dia berbelanja pada sesi shopping yang akan datang… hoho … pasti senyuman akan terus terpampang pada wajah yang sebelumnya suram itu… :-)





 

2. “I dah hampir siap nie”

Huhu… biasa tak dengar ayat power nie dari wanita? Mengikut kelaziman, ayat nie akan diucapkan sejurus selepas anda mengajak pasangan anda untuk keluar ke mana-mana tempat:-) Dan kemudian akan bermulalah proses ‘bersiap’ bagi wanita. Satu yang korang kena tahu, jangan mencelah atau berkata apa-apa semasa proses ini berlaku kerana mungkin korang terpaksa tunggu lebih lama…! Sebaik-baiknya, berikan masa untuk si dia bersiap-siap dan tingkatkan kesabaran anda pada sepanjang masa:-) Sentiasa ingat yang wanita terpaksa prepare banyak bende sebelum keluar rumah (berbanding lelaki) misalnya gosok baju, pakai tudung, bersolek dll… so kaum lelaki kena paham2 la ye…huhu



3. “Oh, takde apa-apa la..”

Hmm…ini yang paling teruk sekali. Biasanya kalu wanita menggunakan ayat nie, ia “ada udang di sebalik mee…” huhu.. so berjaga-jagalah anda. Actually, ‘takde apa-apa’ bermaksud ‘ada something la tu’… mungkin si dia tengah marah (senyap-senyap) kat anda, atau anda terkata sesuatu yang membuatkan hatinya terasa ke. Wanita malas nak explain panjang2 sebab takut jadi pertengkaran yang hot pulak nanti, so they just say ‘takde apa2’ just to let the issue go like that. Tetapi apa yang perlu anda buat jika terdengar ungkapan itu ialah – lakukan perkara2 untuk menambat hatinya dengan kadar yang SEGERA…



4.“Mana satu baju yang patut I beli sayang, baju merah ke baju biru?” / “Sayang rasa kasut tumit tinggi nie sesuai tak dengan I? Ke I patut beli sandal jer?” ….

Soalan-soalan di atas agak biasa ditanya apabila kamu keluar shopping bersama-sama, betul tak? Actually, peranan anda ialah untuk mengeluarkan pendapat dan membantu si dia membuat pilihan. Tapi, yang tak syoknya, kadang-kadang si dia tak mendengar atau tak ikut pun jawapan yang kita beri. Kalau kita kata A, dia pilih B:-) Ini mungkin kerana dia sudahpun ada pilihannya sendiri, tetapi saje je buat-buat tanya…huhu . So, apa yang patut anda buat jika berada di dalam situasi ini ialah, just berikan apa-apa jawapan kerana ia mungkin akan menjimatkan masa anda!



5. “Saya nampak gemuk ke?”

Wahai lelaki, nie adalah soalan ‘perangkap’!… dan anda sememangnya tau jawapan kepada soalan ini :-) If you don’t want the wrath of women to befall upon you, just reply with one short simple word – ‘No’. Ataupun macam nie: “Sayang tak gemuk la. Percayalah cakap abang nie, yang… takkan abang nak tipu kot..,”. Kalau takleh jawab macam tu, alternatifnya ialah try tukar kepada topik lain, atau tarik perhatian si dia terhadap perkara lain atau just berpura-pura pengsan…:-D – as long as you don’t have to answer that question:-) – p/s: gerenti boleh mengelakkan api kemarahan yang mungkin akan berlaku jika anda menjawab, “Ya,”… hehe


*sekadar berkongsi..



~Ned~



Rabu, Jun 22, 2011

AKU NAK MENANG CONTEST TAYANG GIGI”!!!

Selamat pagi sumer.. Semalam bukak2 blog, dpt blogwakling dari AlyaClumsy .. Tengah duk boring takde kije, usha2 la blog gadis tersebut.. Rupenye beliau ade wat contest 'TAYANG GIGI'...  Rase berkenan lak nak masok contest ni... Sebab bukan susah sangat, amik gambo yang ade tayang gigi.. Jangan amik gambo gigi palsu udah la..lari syarat dah tu....eekekekekeke

ini banner Contest tersebut..




Dengan ini, Ned berbesar hati nak join contest tu.. Korang2 yang berminat leh usha2 syarat kat SINI...

Setelah menggodek seharian gambo yang sesuei berkenaan tayang gigi, gambo2 nih yang terpilih utk masok contest tu...

*
*
*
*
*
*


rasenye macam anak buah ned yang sebelah tu je yg blh menang..over sgt tayang gigi..ekekeke


another one..

*
*
*
*
*



gambar ni plak, ned yang terlebey sengih senyum..hehe


OKEP, gamba suda ada, cik AlyaClumsy, ned dah join!!! menangkan kite taw...ahaks!

 
~NeD~

Selasa, Jun 21, 2011

ANAK PEMBAWA REZEKI

Topik hari ni nak story pasai anak. Di sini ned ade beberapa kemusykilan. ......

Benarkah anak membawa rezeki?

Jika benar, mengapa mereka yang mempunyai anak yang ramai hidup susah, tidak mampu membeli makanan apatah lagi barang keperluan?

Di akhbar, kebanyakan yang meminta bantuan adalah mereka yang ada ramai anak.

Jika mereka tidak mampu menyara hidup, mengapa mereka memiliki ramai anak?

Adakah adil untuk anak-anak lahir dalam kemiskinan?

Sekiranya benar anak membawa rezeki, bukankah lagi ramai anak lagi senang hidupnya tapi mengapa jadi sebaliknya?


Ned bersimpati terhadap anak-anak yang dilahirkan dalam kemiskinan.

Sekiranya mereka boleh memilih, sudah tentu mereka tidak mahu dilahirkan dalam keluarga miskin.

*agak emosional sket pagi2 ni sebab tiba2 touching tentang anak...huhuhu...



JADI, jawapannya sudah dikenal pasti.....


Anak disifatkan dalam al-Quran sebagai anugerah atau rezeki daripada Tuhan. Bukan semua manusia dikurniakan anak, sebaliknya Allah memilih mereka yang tertentu saja. Bersyukurlah pada Allah bagi mereka yang mendapat rezeki anak.



 
Setiap manusia yang dilahirkan sudah ditentukan rezekinya dan dia tidak akan mati sehingga dia mendapat semua bahagian rezekinya dulu. Ini dinyatakan dalam hadis Rasululah SAW.

Rezeki Tuhan ada dalam pelbagai bentuk dan Allah berkuasa pula melapangkan atau mengkayakan seseorang dikehendakinya dan begitu juga sebaliknya.

Inipun ada hikmahnya, iaitu sebagai ujian kepadanya, mahukah kelak ia bersyukur atau tidak, sesudah ia mendapat kelapangan dan kekayaannya itu?

Semua orang akan kembali kepada Allah dan masing-masing akan diberi balasannya. Mereka yang mendapat rezeki anak mestilah berusaha pula menyara anak-anak yang dilahirkan.

Bukanlah bererti rezeki itu datang secara automatik dengan lahirnya anak, sebaliknya kita yang perlu berusaha mencarinya..



Sebenarnya jumpe segala jawapan ni kat dalam tenet jugak... Rasa lega sikit hati ni... Nampak gayanya, kene berusaha lebih lagi untuk dapat baby.. Korang2 doakan Ned jugak yer...


~NED~

Isnin, Jun 20, 2011

Bunga Yang Cantik Jarang Wangi

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “Awak ni cantiklah”, maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Rabbnya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan segala pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang beribu.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikannya, maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.

Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang paling indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat kepada suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Allah. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.

Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Allah? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Allah itu, untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Allah. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.

Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran :

Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan.” An-Nahl: 53



 
Jadilah bunga yang cantik dan wangi..Wallahu a'lam...

Kehidupan Ini Ibarat Secawan Kopi


Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.


Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.



Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi air kopi dan beberapa jenis cawan. Ada cawan itu diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang kelihatan murah, ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.



 
Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri. Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan air kopi itu dan menuangkan sendiri air kopi ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:


"Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…"


Beliau kemudian menyambung.


"Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan."


"Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada air kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum."


"Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah air kopi itu, bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus."


"Sekarang, cuba anda fikirkan: KEHIDUPAN adalah air kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah cawan. Itu semua merupakan alat untuk memegang dan terkandung di dalamnya KEHIDUPAN!"


"Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu. Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu, bukan CAWANNYA!"


"Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara."


"Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah…dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna, dan jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan"


~NED~