Jumaat, April 29, 2011

pic video honeymoon di langkawi..

hari ni mengupload pic video ned pi honeymoon langkawi ari tu..semalam buat video ni..untuk simpanan sendiri..khas untuk tontonan anak, cucu, cicit nanti..hehe



enjoy~~

Khamis, April 28, 2011

hari ni punyer cilita..

Hari ni punyer cilita..ned sudah demam..tiba2 je wabak demam ni mai..mgkin dari kes cabut gigi geraham yg berlobang ari tu..(lupe nk story kt blog..)

Ditambah plak ngan keje berlambak kat opis & tempahan berinai yg agak padat..pergh..berpinau mata ned...panas je muke nih...nasib baik dah gi klinik semalam..rasa dah ok sikit..tapi tak tau la malam nanti demam start balik..masakkk ler....

1 hari banyak gile ubat kene makan..waaa... (ubat sakit gigi & demam+batuk+selsema+sakit tekak)



harap2 dengan ubat sebanyak tu, cepat2 la ned sehat gamaknyer..

ok ler..nak sambung keje balik...ape2 di update nnti ya..

~Ned~

Selasa, April 26, 2011

diet kelaut....

Hari ni tiba2 teringatkan body ned yg dolu2..huhu...slim je weh...pas kawen ni mcm dipam2...

antara gambo2 mase belum kawen.. (tahun 2009)

berat: 65kg; tinggi: 160cm





gamba yang skang xde...uhuhu(dan2 takde ..ekekeke)..tak payah ler attachkan gambo terkini sbb memang nmpk beza yg amat ketara...huhuhuhu..

skang punyer berat dah banyak angka dah...huhuhuhuhu...nak start diet x menjadi aje...mcm2 dugaan wehhh....tapi tak leh jadi, nak tak nak, kene la diet jugak..

dengan ini, ned memilih diet atkins utk projek penurunan berat badan kali ni..same dengan cara ned turunkan berat badan sebelum kawin dulu...doakan ned berjaya yer...mcm2 misi perlu dilaksanakan pas kurun...dpt turun 5kg dulu pn tak pe la..atleast ade penurunan....

usaha!!! usaha!!
Assalamualaikum Semua,

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

* *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Anak.
Ibu.
Suami.

Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut..

* Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

* Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

* *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

* Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, ungkit kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil wasilah amal .
Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini.

*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.


* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini .
Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

* *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

* Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

* *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan atau bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.. Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita berkatilah si A ini dan jika tak bagi salam, mereka akan kata celakahlah orang ini Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.

**** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

*Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

**** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

*Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.


Selalu Bergaduh Dengan Ibu...

*Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka. Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar. Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.

Symptom terkena saka:
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
v Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
v Susah nak dapat anak, senang gugur.
v Ada rasa kelibat orang lalu.
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka, Zikir Laillahaillalah 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

*Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

*3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.

*Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

*Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. Qulhuwallahuahad 1000x sehari.


Anak Lari Dari Rumah..

* Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.


Anak Degil...

*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK ..
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....

p/s: dpt note ni dari email kawan2 sent kt email ned.. :)

Khamis, April 21, 2011

gambar2 honeymoon di Langkawi..

Hye u olls...rasenye dah berkurun lame tak upload2 pic honeymoon ned kat langkawi.. Honeymoon tahun lepas..hehehe...almaklum ler, tak jengah2 blog ni..okey, today nk mereleasekan stress, ned upload pic honeymoon de langkawi yang tahun lepas tu yer..

en asben yg sonok benor mendrive..



ni muke tahun lepas...agak kecik sket ketembaman ned..hehe..skang da bertambah2..ekeke



dalam feri..



ned & asben stay kt seaview hotel..inilah pandang dari hotel ke laut..suke3..



lepas check in..terus pi ronda kt eagle view...syok~~






esoknyer pulak kami ronda2 pulau...pi pulau dayang bunting & pulau beras basah...best gak naik bot...1st time..heheh














Lepas aje bercuti kt langkawi ni, ned terus balik kampung asben di Pasir Mas, Kelantan untuk menyambut awal ramadhan...besttt...

memang best pi bercuti kt Langkawi...& untuk pengetahuan sume, bulan february ari tu, ned & family turun ke Langkawi...mmg best bercuti kt Langkawi..insyaAllah, lain kali buleh datang lagi..nanti ned free, ned upload pic ned & family pi Langkawi tu yer..

~Ned~

stresss....

nk citer tentang stress...tp bukan utk hari ni je ned stress, utk hari2 sebelum ni pon stress jugak...stress dengan seseorang yang sebok sangat nak amik tau hal keje ned....dah berbulan-bulan tanggung stress ni...rase cam nak bomohkan je beliau, tapi nasib baik under control lagi..



selalunye orang akan sibuk tentang hal peribadi kita kan, ini tidak, hal keje yang bukan keje dia, tapi keje ned, dia yang sibok2 nak amik tau..sedangkan takde menyumbangkan ape2 pon...serius rimas weh... nak aje ajak buat keje ned skali..sure die bukan reti..tapi berlagak macam reti sangat...fikir beliau tu lebih tua dari ned je, kalau tak, dah lame keluar ayat2 yang agak kureng ajar.....
kadang2 rase nk nangis weh kalau tabiat beliau tu berulang...benci..benci... :(

Rabu, April 20, 2011

berinai dgn mertua..

Morning sumer..hari ni hari yg sgt memeningkan kepala..tak tau nape..dah 2 minggu terkene wabak pening2..mungkin sebab cuaca skang dah tak menentu..Ok, off topik pasal pening, sbb bukan nak citer pasai pening, tp nak story tentang aktiviti malam tadi..

Asben ned kije shift malam, malam tadi...so, ned & ibu mertua ned ape lagi, buat la projek dikala boring2 iaitu berinai..hehe..tokey inai nak pakai inai pulak,, asyik berinaikan org jerk..nak gak merasa berinaikan..hehe..

Inai yang digunakan inai serbuk + limau nipis...resepi dari ibu mertua ned...boleh tahan gak merahnyer..boleh la mertua ned bukak bisnes berinai kat Kelantan pulak..(gulung tikar la aku pas ni..huhu)

excited berinai smalam sampai sepuluh jari ned inaikan mertua ned semalam..



tak tahan tengok mertua berinai, ned pn nak berinai la jugak kan..tp tunggu en asben balik, baru ler boleh berinai..kalau tak, sape nak pakaikan ned inai pulak..



lepas tu, masing2 menghala ke bilik tidor ler..ngantuk sangat dah..sebab nak dekat pukul 12 malam berinai...pukul 2 pagi ned terjaga, terus cuci je la inai tu..rase terkongkong..hehehe...pastu tido ler semula..

best berinai..teringat mase kawen2 dulu..

Isnin, April 18, 2011

terjah..

Hye sumer.. Last week, lepas berinaikan customer di Shah Alam, ned singgah la ke rumah seksyen 2 yang dikatakan berhantu .... rasenye agak top jugak la cerita tu.. kalau korang tak penah dengar, search2 la kt google..mesti ade..taip aje 'rumah berhantu seksyen 2'..sure jumpe..

ok, berbalik kepada cerita tadi, ned pi carik rumah tu dengan member ned..kalau sorang, tak berani ler..hehee..

On the way carik2 rumah tu lebih kurang jam 4.30 petang, tak semena-mena cuaca jadi mendung & hujan turun tak berapa lebat la..macam renyai2 jer..rase thriller sungguh..hehehe..meremang gak bulu roma bile usha2 satu persatu rumah kt area seksyen 2 tu.. tapi serius la, rumah2 kat seksyen 2 shah alam ni besor2 belaka..ade jugak beberapa rumah kosong yang ned jumpa, tapi tak sama macam yang dalam cerita tu.. nak dekat 30 minit jugak la mencari...rase macam ahli kumpulan seekers plak.. ekekekeke..

setelah berhempas pulas tekan minyak & clutch keta utk slow2 cari umah tu, akhirnye jumpe jugak & keadaan masih mendung & hujan renyai2..



mula2 tak berani nak bukak tingkap..snap dari dalam keta jer..seram gak tengok rumah tu...memang pelik giler, rumah sederet dengan rumah ni grand2 habis..standard rumah2 Dato'..tapi rumah ni je yang tersadai camni...mesti ade sebab kan..kan.. tak tau la kisah benar nye camne..ade gak baca kisah student yang kene kacau sampaikan 2 orang yang meninggal, tapi tak tau benar ataupun tidak..Wallahualam..



zoom sket..



ni plak pandangan dari sudut tepi rumah pulak..



kalau korang perasan, kat pagar rumah ni ade relung dawai tajam kan..rasenye owner umah ni pasang supaya tak leh sape2 research umah ni...mungkin dah ramai sangat masuk umah ni nak terjah2...jadi, dapat tengok dari luar jer la..
mase nak snap pic tepi rumah ni, rase seram sejuk tiba2...tak tau nape, rase cam ade 'bende' duk tengok ned snap pic ni...tapi ned buat2 berani je la..

lepas je snap pic tepi rumah ni, ned terus je la balik..rase tak sedap lak duk lame2 takut ade orang2 kat situ fikir lain pulak...

menjadi persoalan betul la cerita bab rumah ni...harap2 terjawablah satu hari nanti..

Khamis, April 14, 2011

bersawang...

Assalamualaikum semua...rasenye dah lame bebenor tak update blog ned..sibuk dengan bisnes..jadi, asyik duk update blog bisnes ned je la..senang2 leh jenguk yer nanti.. nedhenna :)

Hari ni nak share kt sini..ned happy sangat sebab bisnes semakin berkembang maju walaupun ned takde bukak kiosk @ kedai..syukur alhamdullillah dengan apa yang ned kecapi sekarang...

Citer terbarunye, tapi takde la baru sangat..hihi..suami ned dah pun bertukar ke KL ni...sronok sangat2lah!!!!!!!!!!! baru je dpt tukar ke KL bulan Disember 2010 ari tu..syukur sgt2 yang tak terhingga sebab sekali apply je dah dapat tukar..bukan senang pak polisi ni nak dpt tukar tau..dh dapar tukar tu kire bersyukur sangat2..

Tentang anak, ned & suami belum dikurniakan cahayamata lagi..kami masih dalam usaha..doakan kami yer.. :)

Perot sudah lapor, nnti sambung entry k.. :)