Rabu, September 21, 2011

Syukur..ekor Lulon back to normal...

Assalamualaikum...
ari ni ned nak update pasal ekor si Lulon ni.. kelmarin punyer citer sepatutnya.. tapi ned lambat sket update blog ni sebab duk sebok update blog henna Ned .. almaklum la, last week 8 pengantin ned berinaikan..

entry kali ni bersyukur sangat sebab bulu kat ekor Lulon dah lebat semula... Syukur weh... kalau tak, dah give up dah.. rase macam si Lulon ni mesti mati.. tapi, Alhamdullillah, Lulon makin sehat.. skarang makan & minum tak ingat weh... kaw2 dia sebat... si Lala pon same.. dua2 dah gumok dah..
tapi si Lulon ni masih garang2 lagi.. jenuh nak jinakkan.. tapi Lulon tak la menggigit sangat macam dulu.. mungkin dah matured sket..hehehehe.. nak akhil baligh la kot...huahauhua..



ok..flash back balik ekor Lulon sebelum ni..

time ni ekor Lulon cam dah ok sket.. ned ade update ari tu kat SINI ..





dan sekarang bulu ekor Lulon dah lebat....


TARA!!!



SEE!! dah macam normal sugar glider kan.. syukur sangat2 weh.. berkat kesabaran merawat si Lulon ni.. kepada owner2 sugar glider yang mengalami situasi camni, korang2 kene sabar & tabah hadapi.. jangan give up.. semua penyakit, ade ubat nye... cewah!! cam sakit kronik plak..

korang2 boleh refer entery2 ned sebelum ni, ned ade mention rawatan ape yang ned buat utk si Lulon ni...

erm...asyik citer pasal Lulon je kan... si Lala ni takde nak story sangat, sebab die takde masalah... Cam biase je...

ni Lala mase baru2 bela dulu.. underage rasenye ni.. 2 bulan lebih.. kecik je..






ni plak Lala terkini... 5 bulan...





huahuahua..gemok kan!!!!



tak kesah la..yang penting Lala & Lulon sehat.. lagi 3 - 4 bulan, boleh la si Lala & Lulon ni "ehem"... hehehe...


langkah seterusnya, nak menjinakkan si Lulon.. degil sangat nak jinak...
chaw...


~NED~

WANITA TIDAK MENUTUP AURAT SELALU GUNA 13 ALASAN INI....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ



Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.



2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."



3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.



4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?




5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?




6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.




7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?




8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.




9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.




10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?




11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.




12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.




13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.






~NED~





Rabu, September 07, 2011

Lulon makin sembuh!!!

Assalamualaikum semua..

Pertama skali nak ucapkan Selamat Hari Raya....

Dah lebih seminggu kita semua menyambut Aidilfitri.. Alhamdullillah..


Kali ni ned nak share pasal Lulon...

Lagi beberapa minggu nak puasa ari tu Lulon ade sikit problem.. Tang ekor yang dekat bontot die tu botak..

So, ned ubah menu pemakanan Lala & Lulon.. (kesian Lala..kene follow skali)

Tiap2 hari ned bagi epal, honeydew & susu... dan tak bagi buah2 yang lain buat mase tempoh rawatan..

Lebih kurang seminggu ned ubah menu tu, tak berapa nampak lagi perbezaannya..

Sehinggakan dah nak raya, ned boardingkan Lala & Lulon kat kawan ned.. Kira seminggu la tak jumpe budak2 ni.. rindu woo~~~

Balik je dari kampung, terkejut jugak, kat bahagian botak si Lulon tu dah tak nampak kulit... tapi gelap2.. ingatkan ade penyakit lain.. Jadi, ned wat dek je la dulu... Seminggu lepas tu, baru lah nampak kesannya. Sudah tumbuh bulu.. Suke sangat2.. Syukur...

ni pic sebelum ubah menu & selepas..


ikutkan pic sebelum tu tak berapa teruk.. Sebenarnya lagi teruk tau botaknye.. Tak sempat nak snap pic time kronik tu.. Dan pic selepas tu ned baru snap tadi.. Hehe.. Dah ade bulu kan.. macam nak back to normal Sugar Glider... syukur sangat..

Terima kasih jugak kepada rakan team SG ned, Aisyah Nurhani..sbb dia yang suggest ned menu2 tu..
Terima kasih jugak pada Klinik Haiwan Petcare Enterprise kat Taman Melawati, pun sama suggest menu2 tu.. Dan tak lupa jugak member ned yang sudi jadi babysitter utk Lala & Lulon sepanjang ned beraya kat Kampung last week.. Tengkiu!! (over sket ucapan..takpe kan..hehe)

Dan semalam genap la 2 bulan ned jaga Lala & Lulon.. kini mereka dah berusia lebih kurang 4 bulan lebih.. tak pasti sangat umur tepat diorang, sebab takde surat beranak kan..hehehe..

Ok la..nak update tu je.. Nanti ade latest citer pasal Lala & Lulon, ned update la yer..
Selamat beropen house semua..

~Ned~