Isnin, Mei 16, 2011

blog inai...

Hari ni nk introduce lagi sekali blog henna ned.. kepada u all yg teringin nak gune khidmat Ned boleh view blog Nedhenna.. 100% dari Ned.. :)

Alhamdullillah bisned berkembang maju.. Capaian yang tak dijangka.. Hari ni pulak dapat pic henna ned dari realpicphoto..

So, ned tepek pic henna ned kat sini k..


gebu habes muke pengantin ni.. make up by Naza Derina

Okey, kepada yang dah berminat nak booking berinai tu, sila2 jenguk blog henna ned ya & booking terus k.. (^^,)

~NeD~

Rabu, Mei 11, 2011

zed zaidi dah kawen ler!!

Tahniah kepada Zed Zaidi dan Nelly Natasya kerana telah sah bergelar suami isteri pada 29 April 2011 di satu majlis tertutup iaitu di Restoran Felda Villa, Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Dengar cerita Zed Zaidi tak biasa tidur dengan isteri di sebelah. Hehehe. Lain macam jugak bunyinya kan? Ala, xpe, nanti lame2 biase la tu..ekekekeke..Yang penting bahagia hingga ke akhir hayat.

ok, jom layan pic kawen zed zaidi..




time ni muke Natasya cam farah fauzana..kan..kan..





Ikram Dizzly selaku pengapit Zed Zaidi..



abg Rosham Nor pn ade la....Hero Malaya..



turut hadir Misha Omar, vokalnye yang mantap!.. suke3..




Selamat Pengantin Baru Zad Zaidi..moga2 kekallah hendakNya..

~NeD~

lawak ini hari...

dapat dari email mmber..so tepek kat sini...



ayam pun, ayam la...

Isnin, Mei 09, 2011

Selamat Hari Ibu mak..

Semalam celebrate hari ibu kat umah mak je... hanya ned, suami, adik & mak je yang ade..adik2 bradik lain sume keje & ade hal yang tak dapat dielakkan.. tapi kire meriah jugek la.. yang sedihnye tak xdpt snap pic2 smalam...sedih wo~~~~ xpe la..tunggu next year la..

Celebrate lebih kurang petang2 cket..sbb pagi smpai tghari menternak taik mata..hehehe...letih weh, penat berinai pengantin tak habes lagi time tu..
Antara menu sambutan hari ibu kali ni kek buah & set combo ayam KFC... sakan habes kitorang 4 beranak makan...habes diet aku sbb makan kek tu...huhhu... diz week kene diet balik...tapi nasib baik berat maintain lagi.. :)

Hanya kek & KFC je dpt bagi mak utk tahun ni.. tapi yg penting ikhlas kan..sure hadiah tu amat bermakna.. (^^,)

ok la..sini tepek puisi ibu sket..




Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku

Aku yang selalu merepotkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...
engkau menangis karena aku
engkau sedih karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kurus karena aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga

Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
karena jasamu
tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu

Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH




-------------------------------------------------------------

touching habes puisi ni... pinjam puisi ni dari ladies lounge...

Puisi ni khas untuk Mak & Semua ibu2 di dunia...

Semoga mak panjang umur & dipermudahkan rezeki... Diberi kesihatan yang baik.. Terima kasih kerana membesarkan org sampai menjadi manusia berguna sekarang ni.. Walaupun arwah ayah tanpa disisi.. I Love U mak..

Kepada Ibu mertuaku semoga panjang umur, dipermudahkn rezeki serta diberi kesihatan yang baik jua.. Terima kasih juga kerana melahir & membesarkan suamiku sehingga menjadi orang yang baik2.. Sayang Mak ...



Love both of u.. Muuaaahhhh..

~NeD~

Jumaat, Mei 06, 2011

Madam Ned jadi model tudung!!

Hari ni Ned jadi model tudung untuk member opis ned.. Kengkawan kan, tulun2 la untuk diorang wat bisnes.. Baru mule bisnes, sambutan menggalakkan jugak.. Keep it up mira..

antara tudung yang telah dimodelkan oleh ned...

p/s: pic kelabu asap sket sbb gune camera hp jerk..








memang sedap kain2 tudung ni....dh alang jadi model ni, terpaut gak la 3 helai...hurm, untung kamu ye mira...patut kamu bagi free saye tudung..hehehe..

back view tudung ni...



macam sarang labah2 sudey....actually ned tak tau pun name tudung nih..panggil tudung lelabah je.. ahaks (maleh pikir)...

ok, cukup entry untuk hari ni...malam ni standby nak gi berinai kat Ampang..mau follow?? jom....

~NeD~

Khamis, Mei 05, 2011

Bahagian tubuh yang paling bererti..

hari ni dapat email yg telah menarik perhatian Ned untuk post kt sini..

*
*
*
*
Bahagian Tubuh yang Paling Bererti...

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling
penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang
aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi
kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."
Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah
memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."
Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak
jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar.. Jadi,
kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi
semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi
jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari
tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan
jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke
tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih.
Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana
itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku
memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat
tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh
yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering
berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu,
"Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu
sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu
beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah
memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu
harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh
dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling
penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"
Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala
seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk
menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan
teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-
bila pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak
menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati
terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.
Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.
Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka
bererti.



Just because the past is painful, Doesn't mean the future will be. So
never let events from the past,
Change the events for future, or You will be miserable forever...

Renung2kan...

~NeD~

berat turun..yea!!

Pagi2, lepas solat subuh terus gi penimbang baghu.. excited giler nk gune.. dan lagi excited nye berat suda turun lor!!!! syok weh.. seminggu lebih yg lepas ned ade pegi timbang kat pasar raya, 92kg...mcm berat beberapa ekor kambing weh... tak suke..tak suke!!!!! Dan bile timbang pagi tadi berat sudah jadi 88.8kg...wahahaha...suke sgt.. suda 3.2kg turun...lagi 23.8kg lemak kene buangkan lagi...banyaknyer... :(
harap2 berjaye la hendaknye weh... tak larat dah nak shopping baju2 besar ni... mahal giler.. kalau badan saiz ala2 S @ M senang nak beli baju... yang harga rm5 pun still nampak cun kalau pakai... kalau XXL ni, baju harga mahal pun nmpk cam biase jer...hampeh~~~ seksa sangat nak buat keje2 harian... tambah2 dengan ned berbisnes inai..sure la payah nak draw mase berinai..kalau slim, nak meliuk2 ikut mane pon orait.. huhu.. itulah payahnye bile org yang dah penah kurus, tibe2 jadi gemuk dengan drastiknye...amat menyeksakan. Hormon badan pon jadi tak stabil.. Macam2 problem bile berbadan besar ni..dengan kene kutuk lagi..orang tegur tak yah cakap la.. bersepah2 tegur kata badan da gemok la, simpan tayar spare la, perli 'baju makin kecik ke?'..hampeh kan...tapi nak tak nak kene la terima hakikatnya dan sebagai satu langkah usaha, kene turunkan berat badan jugak dengan cara berdiet sihat demi memiliki kesihatan yang baik serta berat badan & hormon yang stabil.

ok, malas nak celoteh banyak sgt pepagi ni..nanti masuk angin.. nak share kat sini menu breakfast ned..

sosej goreng + daging burger goreng + mayonis + air mineral



ok, dengan bermenukan makanan di atas ni, total karbonye amat rendah..jadi, no hal la nak perhabiskan.. ngeh..ngeh..

jom bekpes....

~NeD~