Khamis, Jun 30, 2011

Dituduh gigit kemaluan isteri...

Pagi ni, bukak kosmo online ternampak tajuk 'dituduh gigi kemaluan isteri'... Mak aih..rase tebal lak muka tiba2.. mane tak nye boleh plak buat report tentang kes macam ni... Macam2 hal dah skang yg senang2 je hal sulit nk diper'view'kan...

ok la ned tepek story tu kat sini cket...


----------------------------------------------------------------------------


KUANTAN- Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan mengigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di rumah di Felda bukit Goh di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa die tidak melalukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd Shakri.

Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd Shakri dengan berkata:

"Jika kamu tidak melalukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa,"

Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh mendiamkan diti sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.



----------------------------------------------

Seram bile nengok kes camni..ade jugak smpai naik mahkamah ek...hehehe



~Ned~



1 ulasan:

  1. tu la...adoh!! ned & bdk2 opis kt sini pn ketawa sakan...mende2 camtu private kot..ape la motifnye smpai nk naik mahkamah...pegi klinik je udah ler...

    BalasPadam

komen disini.. :)